Friday, December 6, 2019

Percutian ke Korea Selatan

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo kepada bloggers sekalian !!! Pada hari ini, Arissa nak berkongsi dengan anda semua mengenai tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi apabila tiba ke Korea Selatan 😀

Terlebih dahulu, Arissa pergi ke Korea bersama ahli keluarga menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan daripada Arba Travel. Apabila kita guna pakej pelancongan ni semua benda jadi mudah, awak hanya perlu bawa diri, pakaian dan duit sebab segala urusan akan diaturkan oleh agensi pelancongan.Tambahan pula, masyarakat Korea kebanyakannya beragama Atheist, jadi jika kita menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan muslim, makanan dan solat kita alhamdulillah terjaga. 

Antara tempat menarik untuk dilawati di Korea Selatan ini termasuklah :

1. Namsan Tower

Menurut Wikipedia, Menara Namsan atau Menara Seoul ini merupakan menara gelombang radio umum Korea Selatan yang pertama dengan menyediakan penyiaran televisyen dan radio di Seoul. Pada masa ini, menara ini menyiarkan isyarat untuk saluran media Korea, seperti KBS, MBC dan SBS. Jadi, rugi la kalau awak tak pergi sini, sebab pemandangan dia cantik tau. Jika dilihat pemandangan bandar daripada Menara Kuala Lumpur, kita dapat lihat kesesakan bandar yang terlalu padat dengan kenderaan berenjin, tetapi Menara Namsan ini dapat menyajikan kita dengan pemandangan bunga-bunga Sakura dan ketenangan Bandar Seoul.

LockLove Namsan
 



2. Taman Tema Everland

Taman Tema Everland merupakan taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Setibanya Arissa di sini, Arissa terpaku melihat kawasan sekitar yang sangat luas! Lebih luas dari Sunway Lagoon dan Genting Highland. Yang lebih menarik di sini ialah T-express iaitu sebuah roller coaster yang landasannya diperbuat daripada kayu. Sangat menyeramkan!
Menaiki salah satu permainan di Everland

Sejuk-sejuk pun boleh kita makan aiskrim ye


T-express
Fantasy Land






















3.  Pulau Nami

Tak lengkap la percutian awak kalau tak ke Pulau Nami kerana pulau ini merupakan salah satu tarikan utama di Korea 😊 Ha ingat lagi tak drama Winter Sonata yang terkenal waktu dulu-dulu tu ha sinilah lokasi pergambaran romantisnya iaitu Pulau Nami. 

Latar belakang main peranan penting dalam bergambar hehehe

Bersama Jun Sang si Hero Winter Sonata
1 2 3 Pose
Bergambar bersama Korean




4. Gyeongbokgung Palace
Merupakan istana diraja yang terkenal dari zaman dinasti Joseon di mana istana ini adalah antara 5 istana terbesar di Korea Selatan. Di luarnya ialah Gwanghamun Square iaitu
ruang terbuka awam di mana terdapat enam bahagian di sepanjang ruang dan patung Raja Sejong yang terletak di pusat.            
Gyeongbokgung Palace
Bersama pengawal pintu masuk
Bersama gadis-gadis Korea
Bergambar berhadapan pintu masuk utama Gyeongbokgung          
5.Cheongae Stream 
Anak sungai Cheongae yang dulunya kotor tapi telah dibersihkan dan dihias cantik untuk tujuan pelancongan. Dekat sini, terdapat banyak ikan emas yang di atasnya terdapat duit syilling yang dipercayai kalau kita baling kemudian ada atas ikan tu , hajat kita akan dipenuhi..Wallahualam.
Sumber Imej : Google

Sumber Imej : Google
bergambar di Cheongae Stream

1 comment:

  1. Salam Arissa,
    Wah melancong lagi dia :D i have been in korea as well last few years. during autumn. mmg rasa autumn in my heart la kan masa tu hahahaha.
    bila pergi korea mmg rasa cam dalam drama korea tu la kan hehehe.
    anyway, u are so lucky to have a chance like this. thanks for sharing! :D

    ReplyDelete