Wednesday, December 11, 2019

Aplikasi Komputer (PART III) - Presentation ! Presentation !

Holla ! Assalamualaikum bloggers semua !!! Sihat tak tu? Alhamdulillah Arissa dah kembali sihat setelah 3 minggu batuk 😀 Pada kali ini, Arissa nak bercerita mengenai presentation kumpulan pada hari Selasa semalam di dalam kelas Aplikasi Komputer 😃

Jadi, presentation kalini adalah merangkumi 10 markah di mana penilaian dibuat berdasarkan suara pembentang, eye contact dengan penonton, gaya bahasa, kerjasama antara kumpulan, konten dalam topik, serta gaya slide samada menggunakan Prezi, Powerpoint, Powtoon, Haikudeck ataupun Visme.
Masa yang diperuntukkan adalah 15-20 minit dan akan berlaku penolakan markah sekiranya melebihi masa yang ditetapkan..hehe..Kami juga diberi kebebasan untuk memilih bahasa penyampaian yang selesa semasa perbentangan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli yang tidak kira jantina, kaum mahupun agama. Kumpulan Arissa terdiri daripada Zuraimi, Huwaina, Adilla dan Aty.

Pada mulanya, kami tak jangka langsung yang kumpulan kami adalah pembentang pertama. Bayangkan, kami baru mula bincang pada hari Selasa lepas akibat kesibukan setiap ahli..huhu..Jadi, pada hari Selasa tu juga kami finalize kan topik perbentangan.

Antara topik yang kami bincangkan termasuklah:
i. Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia
ii. Kahwin muda
iii. Penggunaan vape dalam kalangan belia
iv. Keinginan dan Kemahuan
v. Societies' perception

Kami sepakat untuk memilih topik Badak Sumbu Sumatera kerana merasakan topik ini menarik dan tidak cliche. Selain itu, kami juga gembira memperkenalkan Badak Sumbu Sumatera terakhir Malaysia kepada rakan sekelas. Dengan ini, kami juga dapat memberi kesedaran kepada rakan sekelas tentang haiwan terancam serta kesedaran untuk memelihara alam.














1 comment: