Ke hadapan kita mara
Mara bersama kereta Kelisa
Salam sembah pembuka bicara
Kembali lagi bersama Arissa 😊
Assalamualaikum dan hai bloggers sekalian !!! Baiklah, pada hari ini Arissa nak bercerita mengenai Econhunt. Apa Econhunt ni ya? Dengar nama macam hunting sesuatu kan? Ha nak buru apa?
Econhunt merupakan satu program fakulti dimana semua pelajar yang mengambil kursus Makroekonomi perlu terlibat kerana ia merangkumi 20% daripada permarkahan keseluruhan kursus ini. Program ini melibatkan 36 lokasi yang terdapat di dalam UKM. Terlebih dahulu, setiap pelajar perlu memuatnaik aplikasi HP Reveal bagi membantu untuk mencari petunjuk. Dengan kata lain,
menerusi aplikasi ini, peserta dikehendaki menangkap gambar objek yang digambarkan dalam petunjuk. Sekiranya, gambar tersebut gambar yang benar, maka soalan berkaitan makroekonomi akan muncul pada gambar tersebut. Sekiranya, gambar tersebut gambar yang salah, maka emoji akan muncul pada gambar tersebut.
Aplikasi HP Reveal |
Gambar Objek yang terdapat dalam HP Reveal |
Pada awalnya, setiap pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ahlinya terdiri daripada 11-12 orang yang berbeza set kursus Makroekonomi. Sebagai contoh, kumpulan Arissa terdiri daripada 3 orang set kursus 1, 3 orang set 2 dan 6 orang set kursus 3. Dalam kumpulan ini pula, kami akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu Wire, Wickr dan Telegram.
Wire |
Wickr |
Telegram |
Bahasa isyarat tangan |
Nokia Keypad Alphabet |
Kod Rahsia |
Setelah menghabiskan cabaran di setiap lokasi, wakil kumpulan perlu menunjukkan bukti-bukti fizikal yang dikumpul kepada urusetia untuk melayakkan mereka memperoleh link set soalan yang mengandungi :
1) soalan berkaitan lokasi yang diimbas
2) soalan Makroekonomi yang didedahkan sepanjang lokasi
3) soalan meneka suara pensyarah
Antara bukti fizikal yang perlu kami peroleh termasuklah wang kertas RM 5, 10, 20 serta syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, coklat UKM, resit BSN serta Setem Pos Laju. Setiap kumpulan juga perlu Selfie berlatar belakang lokasi-lokasi yang telah berjaya dikenalpasti berdasarkan pembayang yang dimasukkan ke dalam link folder yang ditetapkan.
selfie di Pejabat Pos laju |
selfie di Fakulti Pendidikan |
Selfie berlatarbelakangkan alumni UKM di Pusanika |
Selfie di Fakulti Teknologi Sains Maklumat |
Jam menunjukkan tepat pukul 6 Petang, setelah selesai menjawab semua soalan Econhunt ke dalam link yang diberikan, maka bersurailah kami pulang ke kolej masing-masing.
Sebelum tu, kita selfie dulu :) |
Salam Arissa,
ReplyDeleteI have read a lot about this earlier in your friends' blogs. It must be excited to join such an activity rite? Brilliant move from your lecturer.
Good job and keep it up!