Thursday, November 21, 2019

The Joy of Dressing is an Art

"Fashion is a language which tells a story about the person who wears it"

Petikan berikut dipetik daripada Google yang menunjukkan betapa besarnya impak pemakaian ke atas diri seseorang di mana individu tersebut dapat mengekspresikan dirinya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai.

Assalamualaikum dan hai pembaca sekalian 👋 Hari ini Arissa nak bercerita tentang minat Arissa dalam dunia fesyen. Dunia fesyen merupakan suatu bentuk keindahan dalam dunia di mana ia merupakan salah satu cabang seni yang sangat rapat dengan manusia. Menurut Wikipedia, fesyen itu bukan hanya pada gaya pemakaian, tetapi termasuk juga pada kosmetik, dan tingkah laku yang disukai ramai dan ianya sentiasa berubah-ubah mengikut zaman.

Kenapa ya fesyen ni penting ?

1. Mengaburi mata orang lain

Bagi Arissa, cara atau gaya pemakaian seseorang dapat mengaburi mata orang lain di mana kita boleh lihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif. Misalnya, seseorang yang sudah berumur boleh kelihatan lebih muda dengan mengubah penampilannya mengikut trend. Bukan itu sahaja, seseorang yang kurang berkemampuan boleh dilihat seperti orang yang sederhana mahupun kaya dengan cara mereka menggayakan sesuatu pakaian. Dengan ini, mereka akan lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba.

Haneesha Hanee-Bekas Peserta Dewi Remaja 2018/19












Jika dilihat daripada penampilan Haneesha Hanee iaitu Bekas peserta Dewi Remaja ini, ramai yang tidak menyangka apabila Haneesha memuat naik video kereta beliau yang kelihatan uzur di laman Instagram beliau. Bukan itu sahaja, aktres dan model Malaysia ini juga tidak malu berkongsi di laman Instagram miliknya tentang kehidupannya yang dilahirkan bukan dalam keluarga yang berada. Sesungguhnya perkara ini sedikit sebanyak memberi inspirasi buat semua di mana bukan orang yang berada sahaja boleh menggayakan pakaian mengikut trend atau kelihatan rapi.

2. Meningkatkan keyakinan diri seseorang

Pemilihan pemakaian yang rapi serta selesa sangat memberi kesan dalam kehidupan kita seharian. Pada setiap malam, Arissa akan menentukan pakaian apa yang hendak dipakai ke kelas. Mungkin bagi sesetengah pihak beranggap "ala pergi kelas je pun, buat apa nak pakai lawa-lawa". Terdapat juga sesetengah pihak yang mengutuk sekiranya terdapat kaum perempuan yang memakai solekan tebal ke kelas atau menggayakan pakaian seperti hendak pergi membeli-belah. Pembaca sekalian, pedulikan tanggapan negatif mereka terhadap kita 😄 Apa yang penting ialah kita pakai apa yang kita suka, yang dapat meningkatkan keyakinan kita, yang boleh menonjolkan sikap positif dalam diri kita dan yang paling penting ialah dapat memberi keselesaan kepada kita. Di mana pun kita berada, pemilihan pemakaian sangatlah penting dalam meningkatkan keyakinan diri seseorang.



3. Menilai perwatakan yang dimiliki
Pemakaian sememangya dapat menilai perwatakan yang dimiliki oleh seseorang. Tetapi perwatakan ini adalah berbeza mengikut pandangan daripada orang yang berbeza. Misalnya, jika seorang lelaki mengenakan pakaian kemeja yang longgar, berseluar longgar dan bertopi mungkin bagi seorang usahawan, beliau melihat lelaki tersebut sebagai seorang yang tidak menjaga ketrampilan diri. Tetapi bagi penggiat seni, lelaki tersebut adalah seorang yang kreatif dan mampu menghasilkan sebuah karya yang menarik. 






Sumber imej : Google








Pengalaman Arissa sendiri di dalam dunia fesyen, selain daripada sering memuatnaik "outfit of the day" di laman Instagram, Arissa juga pernah mengikuti runway ataupun catwalk semasa Matrikulasi dan selepas SPM. 

1. Runway di Kolej Vokasional Setapak
Tema : Floral










2. Fashion Show semasa dinner di Kolej Matrikulasi

Tema : Magika


Sesungguhnya, memasuki ke dunia fesyen ini hanyalah cuma minat Arissa. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengembangkan lagi minat ini ke peringkat seterusnya kerana Arissa lebih mementingkan pelajaran dalam bidang Arissa sekarang demi mencapai cita-cita yang diidamkan. 

Pembaca sekalian, jika anda berminat dengan dunia hiburan, dunia seni mahupun dunia fesyen itu sendiri melebihi pembelajaran dalam bidang profesional, teruskanla minat anda dengan mendapat restu dahulu dari ahli keluarga. Kemudian, banyakkanlah belajar tentang dunia sekitaran kerana sesungguhnya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan bukanlah mudah lantaran daripada penggunaan media sosial tanpa had oleh netizen-netizen di dunia ini. Semangat anda harus kuat dalam menghadapi sebarang kecaman dan pandangan negatif masyarakat yang pasang surutnya :)
Cukup sampai di sini dulu ya posting untuk kali ini 😊 Semoga berjumpa lagi pada minggu hadapan! Assalamualaikum 💓

























1 comment:

  1. Salam Arissa,
    I can feel your passion here when u talk about fashion :D
    Nice presentation and arrangement.
    Keep it up!

    ReplyDelete