Friday, November 15, 2019

Kolej Matrikulasi Selangor :)

     ♪ Pengajiannya bertaraf dunia
     Penuh aspirasi negara
     Jati diri terpelihara
     Kecemerlangan semua

     Pelajar cekal berdedikasi
     Minda luas terbuka
     Berdaya saing berkualiti
     Merintis potensi diri  ♪

Demikian merupakan bait-bait lirik lagu Kolej Matrikulasi Selangor, Banting atau lebih dikenali sebagai KMS 😁 Ha dah dapat bayangan dah Arissa nak bercerita apa pada hari ini? Terlebih dahulu, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Arissa merupakan pelajar lepasan matrikulasi tahun 2018/2019 kursus Perakaunan di KMS.

Serba sedikit mengenai KMS, KMS terletak di Banting, Selangor dan ditubuhkan pada 2010 yang menjadi antara kolej matrikulasi yang baru dibina di Malaysia. KMS boleh menempatkan sehingga 2500 orang pelajar dengan adanya 5 blok kediaman iaitu 3 blok perempuan (Vega, Polaris dan Mira) serta 2 blok lelaki (Capella dan Canopus). Buat pengetahuan pembaca sekalian, nama-nama bangunan di KMS diambil sempena nama galaksi.

Dataran Kosmik
Dewan Antares
Aquila (Pusat Pelajar)
Kolej Matrikulasi Selangor ataupun KMS mempunyai 3 bidang pembelajaran iaitu Sains, Perakaunan dan Perakaunan Profesional.

Bidang Sains terbahagi kepada 3 modul di mana terdapat pelajar yang menduduki Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) iaitu :
 1. Modul 1 : Biologi, Fizik, Kimia
 2. Modul 2 : Sains Komputer, Fizik, Kimia
 3. Modul 3 : Biologi, Sains Komputer, Kimia

Perakaunan Profesional merupakan program atau bidang yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Matrikulasi Selangor pada tahun 2018. Program ini adalah bersamaan program CAT (Certified Accounting Technicians) yang merupakan program Foundation, sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA. Sejurus tamat program Perakaunan Profesional, pelajar dikehendaki menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja dan tidak boleh memasuki IPTA lain.

Bagi bidang Perakaunan biasa, subjek yang wajib dipelajari termasuklah Matematik, Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi. Bagi subjek tambahan pula ialah English, Pendidikan Islam, Pengajian Am Matrikulasi dan Kokurikulum. 

Kenapa Arissa pilih matrikulasi ?

Sebenarnya, daripada Arissa tingkatan empat lagi memang bercita-cita untuk memasuki matrikulasi selepas SPM. Dengan kata lain, Arissa sudahpun merancang perjalanan hidup untuk menyambung pengajian dengan memasuki matrikulasi setahun dan menyambung Ijazah Sarjana Muda di UKM. Alhamdulillah, selangkah kaki sudahpun di UKM. 

Buat pembaca sekalian, sekiranya anda keliru untuk menyambung pengajian anda, anda seharusnya mendapatkan banyak khidmat nasihat daripada guru mahupun ibu bapa. Sebarang tanggapan negatif mengenai sesuatu institusi perlu anda kaji dahulu sebelum mempercayainya bulat-bulat. 

Antara perkara yang selalu kita dengari mengenai matrikulasi termasuklah :
1. Pembelajaran di matrikulasi adalah sama seperti sekolah, mempunyai jadual yang padat sepanjang hari.
2. Mempunyai banyak peraturan seperti sekolah berasrama
3. Tidak bebas
4. Kerja tutorial dan tugasan sangat banyak
Cuba kita ambil perkara ini sebagai suatu yang positif ? Sejujurnya, jadual di matrikulasi adalah sama seperti sekolah menengah di mana tiada jurang waktu antara subjek. Jika kita boleh meneruskan kehidupan di sekolah kenapa tidak masa matrikulasi yang hanya setahun ? Mempunyai tugasan yang banyak adalah perkara biasa bagi semua pelajar yang meneruskan pengajian. Matrikulasi bukanlah institusi pengajian tinggi rasmi tetapi ia merupakan program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM. Selain daripada menjadi "fast track"untuk ke universiti, Arissa memilih program matrikulasi kerana keliru hendak memilih bidang utama ataupun disebut sebagai "major" dalam pengajian.

Apa yang menarik tentang matrikulasi?

1. Elaun bulanan
Hehehe..awal-awal lagi kita cakap pasal elaun ye 😂 Tapi betulla tu, setiap pelajar matrikulasi yang berkelayakan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM 250. Ha okayla tu kan? Siapa lagi nak bagi kita RM 250 setiap bulan?

2.Pelbagai aktiviti dan sambutan diadakan
Misalnya :

Kampung Run
Sambutan Hari Deepavali

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Tahun Baru Cina









Hari Kebudayaan 
Karnival Kokurikulum Matrikulasi
























3. Ikatan persahabatan yang kuat
Di matrikulasi, anda akan berjumpa dengan rakan sekelas yang anda akan hidup bersama selama setahun. Alhamdulillah, Arissa mendapat rakan matrikulasi yang sangat baik. Jika anda semua nak tahu, kelas Arissa iaitu A1T2 adalah kelas yang paling meriah, paling disayangi pensyarah dan paling dicemburui oleh kelas perakaunan lain kerana perhubungan kami yang sangat akrab. Hehehe...
makan-makan bersama Madam Syuhadah (Perakaunan)


Bersama Madam Janaki (English)
A1T2 - Juara keseluruhan Dodgeball
Bersama Madam Hayati (Kokurikulum)


Bersama Madam Farah (Perniagaan)


Bersama Ummi Zaimah (Makroekonomi)

































Sesungguhnya, pengalaman dan kehidupan di matrikulasi adalah satu perkara yang tak dapat Arissa lupakan. Di sini, Arissa mula belajar berjauhan dari ahli keluarga. Disebabkan Arissa anak tunggal, Arissa tak biasa berkongsi bilik mahupun barang dengan orang lain. Arissa tak biasa tidur bilik orang lain mahupun belajar secara berkumpulan. Tetapi, Alhamdulilllah..Arissa berjaya dan mampu untuk teruskan kehidupan selama setahun di matrikulasi serta mendapat kawan-kawan yang memahami yang sudahpun dianggap seperti keluarga sendiri.

Selama satu tahun kami hidup bersama di bawah satu bumbung institusi, belajar bersama, bermain bersama, berkongsi suka dan duka. Tipulah kalau cakap kami tak pernah gaduh :) Pernah 😊 Tapi di mata individu lain, kami terlalu rapat bagai isi dengan kuku. Kami selesaikan permasalahan kami secara rasional dan akhirnya air mata kami menitis dan kami berpelukan sesama jantina. Kenangan pada hari terakhir tidak dapat dilupakan apabila kami sesama perempuan tidur di dalam satu bilik dan mengimbau kenangan selama satu tahun bersama sambil menyanyikan lagu-lagu persahabatan dan perpisahan :')

Sempat ambil gambar bila masalah dah selesai 😂
Gegirl A1T2 :)
Buat rakan kelasku A1T2, terimalah nukilan indah yang diciptakan buat orang-orang yang berharga seperti kalian 😊
sila klik gambar di atas sekiranya nukilan tersebut kabur


Terima kasih A1T2 😊💓






10 comments:

  1. Replies
    1. amy, jangan macam-macam. kita sama kelas. hahahaha

      Delete
  2. So sweet. This posting is specially dedicated to your friends in Matrikulasi. Kena mintak depa baca ni :D
    Good job as always. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Doakan friendship kami berkekalan hingga Jannah..Inshallah :)

      Delete
  3. kat sana solat berjemaah dan prep wajib ke setiap hari ?

    ReplyDelete
  4. Akak, loker kat kms besi or kayu? Outing pakai baju ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loker besi besar .. outing selalunya pakai blouse

      Delete
  5. Akak, loker kat kms besi or kayu? Outing pakai baju ape?

    ReplyDelete
  6. Akak kan akaun profesional setahun dkat kms dan lagi 2 tahun setengah dkat uitm kan . UiTM tu UiTM mana eh ?

    ReplyDelete