Luas pemandangan...
Banyak pengalaman...
Demikian merupakan kata-kata indah yang menggambarkan jika kita banyak merantau, maka banyaklah perkara yang kita boleh pelajari, mencari pengalaman baru serta mengenali sejarah-sejarah yang wujud di suatu tempat.
Sumber imej Google |
Jika anda semua hanya gemar mengembara atau melancong kerana ingin bergambar, kemudian berkongsi di laman sosial, anda akan banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit berbanding menikmati kenangan-kenangan indah di tempat yang anda lawati. Jika itu terjadi, maka anda adalah antara individu yang rugi kerana terdapat pelbagai kebaikan dan faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti mengembara. Antaranya termasuklah :
1. Mempelajari budaya baru
Budaya seperti kesenian, barangan, makanan, cara berpakaian serta bahasa adalah berbeza mengikut sesuatu kaum mahupun masyarakat di dunia. Melalui aktiviti pelancongan, kita akan didedahkan dengan persekitaran yang berbeza dari segi budaya sesuatu masyarakat.
Sebagai contoh, semasa Arissa berkunjung ke Brunei Darussalam, Arissa telah diperkenalkan kepada makanan tempatan orang Brunei iaitu Ambuyat. Sejujurnya, Arissa tak pandai makan makanan ini walaupun telah mencubanya banyak kali. Mungkin kerana tak biasa? Maklumlah Arissa ni dilahirkan di negeri jelapang padi, jadi perut ni mahukan nasi sahaja 😂
makanan tradisi orang Brunei iaitu Ambuyat yang diperbuat daripada sagu rumbia |
Kaum yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak |
Hehe..ni masa umur 13 tahun berjalan di atas Jambatan Buluh Bidayuh |
Di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, kita hanya akan mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi, jika kita ingin merasa musim dan cuaca yang berbeza, kita perlulah merantau ke negara yang berlainan iklim. Misalnya,Arissa pernah ke Korea pada musim bunga di mana suhu pada masa itu mencecah 15℃ pada waktu pagi dan 4℃ pada waktu malam.
Bergambar bersama Bunga Sakura |
Bergambar bersama daun-daun Maple yang luruh di Carlton Garden |
Aktiviti mengembara mengelilingi dunia sememangnya mendedahkan kita kepada suasana, pemandangan dan panorama yang berbeza. Disebabkan Arissa gemar mengambil gambar pemandangan dan suasana indah yang dapat dijadikan kenangan, maka itu adalah antara sebab mengapa Arissa suka mengembara.
Gambar di bawah ini merupakan gambar yang Arissa ambil menggunakan telefon bimbit Asus Zenfone 5 tanpa edit. Cantik bukan pemandangan di Pulau Boracay, Filipina ini ? Walaupun perjalanan ke Pulau Boracay mengambil masa separuh hari, setibanya Arissa di sana, Arissa terpaku melihat kejernihan air laut yang berlapisan warna ditambah dengan langit yang kebiruan serta pasir yang jerlus. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Tuhan💓
Bukan
sahaja di luar negara kita dapat menikmati panorama yang indah, malah
di negara sendiri seperti di Pulau Langkawi, Kedah juga mempunyai
pemandangan yang menakjubkan semasa Arissa menaiki kereta kabel di
Gunung Mat Chinchang.
Panorama dari dalam kereta kabel |
Bergambar di perhentian Stesen Gunung Mat Chincang |
4. Berbelanja dengan harga yang murah
Sekiranya kita melancong ke negara-negara yang mempunyai nilai mata wang yang rendah berbanding negara sendiri seperti Indonesia, Vietnam dan Kemboja, kita dapat menjimatkan banyak perbelanjaan dari segi tempat tinggal, makanan, tempat-tempat menarik yang ingin dikunjungi serta berbelanja barang kemahuan seperti cenderamata mahupun buah tangan yang ingin dibawa pulang ke tanah air.
tshirt yang Arissa beli di Phnom Penh (Kemboja) berharga 2$ |
Tudung Ariani di Vietnam hanya RM 20 |
Aktiviti mengembara ini sememangnya merupakan aktiviti yang menarik untuk dilakukan bagi setiap individu. Aktiviti ini tidak memerlukan wang ringgit yang banyak jika kita bijak berbelanja. Misalnya, kita boleh melancong ke tempat-tempat menarik di luar negara yang bertaraf antarabangsa dengan harga yang murah seperti Bali, Indonesia yang kelihatan seperti Maldives. Selain itu, kita juga boleh merancang untuk pergi bersama rakan-rakan agar perbelanjaan seperti penginapan dan pengangkutan dapat dijimatkan. Kita juga boleh membuat simpanan awal di mana kita membahagikan perbelanjaan antara keperluan dan kemahuan. Seperti kata pepatah, Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan. Sesungguhnya, faktor seperti kewangan dan komitmen yang banyak tidak patut dijadikan alasan oleh seseorang untuk tidak pergi mengembara kerana setiap individu di muka bumi memerlukan ketenangan, keseronokan dan pengalaman yang boleh didapati daripada aktiviti mengembara. Cukup sampai disini dulu ya mukadimah arissa mengenai minat Arissa dalam mengembara 😁 Sampai berjumpa di posting yang akan datang 😉 Assalamualaikum ! 💓
Salam Arissa,
ReplyDeleteIt seems u have travel a lot. Lucky you!
It's true. travelling is also part of our life learning.
and it could decrease the stress level as well :D
Good job and keep it up!
wassalam puan,
Deletealhamdulillah i get the chances of travelling and i'm totally blessed..hehehe thank you puan :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete