Tuesday, November 5, 2019

CITRA ohh CITRA~

Anda merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia? Semester 1? Semester 2? atau semester akhir? Keliru hendak memilih kursus CITRA? Jangan risauπŸ˜ƒ Pada penulisan kali ini, Arissa akan memperkenalkan 3 kursus CITRA yang Arissa ambil pada semester pertama ini. Terlebih dahulu, Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian πŸ˜„ Jika anda merupakan pelajar baharu UKM, anda boleh pergi ke laman sesawang Pusat Citra Universiti ataupun klik sini  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apa itu CITRA.
Serba sedikit mengenai CITRA, Citra merupakan kursus elektif yang perlu diambil oleh setiap pelajar UKM bagi melengkapkan 30 jam kredit bagi program profesional dan 40 jam kredit bagi program bukan profesional. CITRA memfokuskan kepada 6 bidang di mana setiap pelajar perlu mendaftar keenam-enam CITRA tersebut di sepanjang tempoh pengajian di Universiti. Antaranya termasuklah :


C1 - Etika, Kewargenegaran & Ketamadunan

C2 - Bahasa, Komunikasi & Literasi

C3 - Peradaban Kuantitatif & Kualitatif

C4 - Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi

C5 - Sains, Teknologi dan Kelestarian

C6 - Kekeluargaan, Kesihatan dan Kehidupan

       
Pada semester ini, Arissa telah mengambil 3 kursus CITRA iaitu Kemahiran Analisis Perniagaan, Pengurusan Program Berimpak, dan Kesukarelawan Khidmat Bakti.

1. Kemahiran Analisis Perniagaan (LMGG1422)   

Kursus ini membantu pelajar dalam membuat kajian tentang bagaimana sesebuah organisasi membuat keputusan perniagaan dan merancang masa depan yang lebik baik melalui pelbagai data dan statistik. Melalui kursus ini, kami dikehendaki membuat analisis serta 3 pembentangan iaitu :

i. Analisis Pasaran (Pembentangan inidividu)
ii. Business Model Canvas (Pembentangan berkumpulan)
iii.Global Insight from 24 Leaders (Pembentangan berkumpulan)

Kursus ini terhad kepada 20 pelajar dan dikhaskan kepada pelajar tahun 2 dan 3. Eh bukan Arissa tahun 1? Kenapa Arissa ambil kursus ini? sebab kursus lain dah penuh :) Demi memenuhi keperluan CITRA, Arissa cuba la juga ambil kursus ni :)

Apa yang menarik tentang kursus ini, kelas akan diadakan pada setiap 2 minggu.. Hehehe jadi, jika awak ambil kursus ini, awak tak perlu la datang kelas pada setiap minggu πŸ˜€

2. Pengurusan Program Berimpak (LMCR1412)

Mengenai kursus ini, pada hari pertama perjumpaan iaitu seramai 150 orang ahli, kami diberi taklimat tentang pelaksanaan kursus di mana :

1. Kami dikehendaki terlibat dalam program atau aktiviti kolej/kelab/persatuan atau fakulti serta menjadi mana-mana ahli jawatankuasa dalam aktiviti tersebut. Kemudian, kami perlu membuat laporan dan peruntukan markah adalah sebanyak 15% merangkumi kehadiran dan refleksi diri.


2. Aktiviti seterusnya, kami perlu menyertai 4 program yang ditawarkan oleh SISWA di mana program tersebut akan dipilih oleh pensyarah dan beliau akan berkongsi mengenai program tersebut di dalam Group Whatsapps. Tugasan selanjutnya akan diberitahu semasa kita berada di program yang disertai. Kebiasaanya, pensyarah akan mengajukan 2 soalan di Whatsapp berdasarkan input yang kita dapati semasa program berlangsung serta meminta bukti bergambar. Tugasan lanjut ini perlu dibuat dalam bentuk laporan dan peruntukan markah  adalah sebanyak 20% setiap 1 program.

Ini merupakan antara 4 program yang Arissa sertai :

Program 1 : Anda dan Perniagaan

Program 2 : Rahmatan Lil Alamin
Program 3 : Bicara Buku

Program 4 : Talk with Girls To care

3. Kesukarelawan Khidmat Bakti (LMCR1102)

Kesukarelawan yang berasal daripada perkataan suka dan rela merupakan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang secara suka, rela dan ikhlas tanpa paksaan. Selain daripada ingin mencukupkan kredit semata-mata, kursus ini amat menarik untuk didaftarkan kerana aktiviti yang dijalankan hanyalah santai-santai, tidak merumitkan, tidak banyak kerja mahupun tugasan. Antaranya termasuklah :

1. Pembentangan topikal - Pelajar perlu membentuk kumpulan 7-8 orang dan akan diberi topik yang berkaitan dengan kesukarelawan untuk dipersembahkan sama ada dalam bentuk formal, forum ataupun bual bicara bergantung kepada kreativiti ahli kumpulan. Kemudian, setiap kumpulan perlu membuat laporan akhir berkaitan dengan topik yang dibentangkan.

2. Projek kesukarelawan akhir - Projek ini dilaksanakan mengikut kumpulan fakulti di mana pemilihan tempat akan dilakukan di awal perjumpaan. Sebagai contoh, pada kali ini, kami memilih Taman Tasik Cempaka sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti kesukarelawan. Ahli kumpulan Arissa yang terdiri daripada pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah merancang untuk membuat papan tanda larangan parkir di kawasan tepi tasik lantaran pelbagai kes pecah kereta yang berlaku di situ. Gambar di bawah ini adalah pada hari pertama perjumpaan ahli kusukarelawan di Taman Tasik Cempaka bagi aktiviti pembersihan di kawasan sekitar tasik.


kita bergambar dulu sebelum bergotong-royong
semangat ya semua di pagi hari😁
aktiviti mengalihkan tong sampah dan meletakkan semula di tempat yang bersesuaian

Sekian dahulu daripada Arissa mengenai 3 kursus CITRA yang terdapat di Pusat Citra UKM. Kenapa CITRA ni penting ya ? Sebenarnya, untuk menjadi seseorang yang berjaya, setiap individu perlulah mempunyai nilai tambah mahupun soft skills selain pencapaian akademik yang mantap. Jika setiap pelajar dibandingkan hanya daripada keputusan akademik semata-mata, terdapat ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Lalu, apa yang membezakan diri kita dengan orang lain ? Sekiranya setiap individu adalah sama , susahlah bagi syarikat-syarikat untuk merekrut pekerja. Ha, jadi disinilah mengapa kursus CITRA itu penting di mana pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang dapat digunakan untuk meraih kejayaan yang diimpikan 😊

Pembaca sekalian, sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai 3 kursus CITRA di atas ataupun mengenai UKM sendiri, anda boleh tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah 😊 Sampai berjumpa lagi di posting yang akan datang. Assalamualaikum ! πŸ’“









4 comments:

  1. Salam Arissa,
    Good job. Penerangan yg terperinci sekali ttg kursus Citra.
    U guys are so have been exposed to this kind of courses at the uni level. it will helps you a lot.
    Good job and keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam puan,
      indeed im agree with you, this will help us a lot in our future..thanks puan :)

      Delete
  2. hi nk tanya, if kita tak cukup jam kredit kita tkdpt dekan kan?Jadi kita ada repeat apa2 tak untuk dekan?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya citra kemahiran analisis perniagaan tu senang untuk skor A tak? Hehe πŸ˜…

    ReplyDelete