Eh ? Apa yang Arissa pegang tu ? Props ke ? Hahaha bukanlah. Itu merupakan pen yang diberi oleh Puan Fiza sebagai hadiah kerana penulisan blog yang menarik. Alhamdulillah, Arissa merupakan antara 6 pelajar yang memenuhi kriteria penulisan blog yang diinginkan. Selain daripada blog Arissa, ini merupakan 5 lagi penulisan blog yang menarik, boleh dijadikan rujukan buat para pelajar aplikasi komputer UKM yang berkunjung di blog Arissa ini 😄
1) Ummi Balkis - https://tanganemas22.blogspot.com/
2) Siti Saidatina Ummi Hafzhan - https://saidatinaummi.blogspot.com/
3) Ika Natasya Razali - https://ikanatasyarazalee.blogspot.com/?m=1
4) Jasmine Nabila - https://minnajuhari.blogspot.com/
5) Nurhidayati Sitri - https://penanurhidayati.blogspot.com/
Sepanjang kelas aplikasi komputer semalam (22 Oktober 2019), kami telah diperkenalkan dengan lebih mendalam kepada Microsoft Power Point Presentation. Microsoft Power Point pada dulunya hanya digunakan di pejabat atau syarikat-syarikat sahaja. Tetapi pada masa kini penggunaannya sangat meluas sehingga di peringkat tadika. Perkara ini tidak menjadi kemusykilan sama sekali lantaran daripada teknologi yang pesat membangun.
Dalam mempelajari Microsoft Power Point semalam, kami menjadikan Kemurungan ataupun Depression sebagai subjek perbincangan berikutan banyak kes bunuh diri yang telah dilaporkan di dunia. Salah satunya ialah mengenai Bintang Kpop iaitu Sulli dari kumpulan f(X) yang dilaporkan telah bunuh diri akibat kemurungan dan tekanan daripada media sosial.
Sumber : Imej Google
Mungkin anda betul sekiranya anda mengatakan bunuh diri adalah jalan penyelesaian terakhir untuk anda menamatkan kesakitan anda, tetapi bukan pada orang lain. Anda hanya akan membuat orang yang sayang anda berasa sedih atas kehilangan anda, merasa bersalah kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa anda. Ingatlah! Nyawa anda sangat berharga. Nyawa yang dipinjamkan oleh Tuhan yang sementara tidak patut dipersia-siakan dengan bunuh diri.
Sumber : Imej Google
Jika anda berasa sedih, kecewa, dan murung, anda boleh atasinya dengan melakukan aktivii-aktiviti di bawah ini. Manakala, jika anda perlukan seseorang untuk bercakap dan anda tidak mempercayai rakan mahupun keluarga anda, anda boleh menghubungi Befrienders iaitu sebuah NGO yang menyediakan talian bantuan sokongan emosi kepada masyarakat di Malaysia.
Jika anda berasa sedih, kecewa, dan murung, anda boleh atasinya dengan melakukan aktivii-aktiviti di bawah ini. Manakala, jika anda perlukan seseorang untuk bercakap dan anda tidak mempercayai rakan mahupun keluarga anda, anda boleh menghubungi Befrienders iaitu sebuah NGO yang menyediakan talian bantuan sokongan emosi kepada masyarakat di Malaysia.
Sumber : Imej Google |
Berbalik kepada Microsoft Power Point Presentation tadi, kami juga didedahkan dengan pelbagai alat perisian pembentangan yang lain seperti :
1. Powtoon - Mengkhususkan dalam membuat pembentangan animasi
2. Prezi - Menggunakan kanvas dalam membuat persembahan.
3. Haikudeck - Persembahan dalam bentuk slideshow dan pengunaan yang mudah serta menarik
4. Visme - Menawarkan lebih banyak templat dan reka bentuk serta memudahkan pengguna membuat pembentangan secara animasi lengkap dengan pelbagai visual yang interaktif.
Jadi, inilah sedikit sebanyak perkongsian mengenai apa yang Arissa belajar dalam kelas Aplikasi Komputer semalam. Tak sangka banyak juga alat perisian pembentangan selain Powerpoint dan Powtoon 😂 Selain itu, pendedahan terhadap masalah kemurungan amatlah wajar dibincangkan bagi mengelakkan pelajar mempunyai kemurungan yang melampau sehingga dapat mencederakan diri sendiri. Sesungguhnya yang baik datang dariNya, yang buruk datangnya dari diri, maka marilah kita sama-sama berjanji kepada diri sendiri untuk menjaga nama baik diri, keluarga, masyarakat dan agama dengan tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemudaratan. Sampai berjumpa di posting yang seterusnya ! Assalamualaikum 💓
Salam Arissa,
ReplyDeleteWah glamour saya masuk dlm blog awak :D
good job on the posting anyway. Basically you have summarize what we have learned in the class. it shows u pay attention to me a lot rite? :D:D
Good job and keep it up!
wassalam puan,
Deletesure i pay attention on ur taught because the way u teach us attract me a lot hehehe thank you :)