Pada 24 April 2019, Arissa dan keluarga telah pergi bercuti ke
Melbourne, Australia. Penerbangan kami memakan masa hampir 8 jam di
dalam kapal terbang. Setelah tiba di Avalon Airport, Melbourne, kami
merupakan antara yang terawal keluar dari pesawat tetapi menjadi orang
terakhir yang meninggalkan kawasan bagasi. Cuba teka apa yang jadi ?
Ya,
betul. Kami ditahan oleh pegawai imigresen di sana. Maka, bermulalah
sesi soal jawab antara pihak kami dan pihak imigresen Australia. Masa
tu, reaksi muka hanya Tuhan sahaja yang tahu.Mulut seperti terkunci
rapat hanya mampu berdoa di dalam hati semoga semuanya selamat dan
berjalan lancar kerana kami sedia maklum akan berlaku perkara seperti
ini (melalui perkongsian beberapa individu di blogger) Dengan kata lain,
kami sedikit sebanyak telah melakukan persediaan awal untuk ke
Australia.
Baiklah, berbalik kepada kejadian penahanan tadi, bukan kami sahaja
yang ditahan oleh pihak imigresen dan kastam malah ada sebuah keluarga
lagi dari Malaysia yang turut ditahan sekali. Semasa di kaunter
pemeriksaan bagasi oleh pihak kastam, kami diminta untuk membuka semua
bagasi yang dibawa. Pelbagai ajukan soalan yang disusuli oleh jawapan
yang agak gemuruh jugala Arissa menjawab. Bayangkan, jika awak disoal
siasat oleh pihak polis, rasa gemuruh tak ? Mungkin ada yang kata "Ala
biasa je la. Kalau tak salah, buat apa nak takut? Jawab je la". Kalau di
negara sendiri boleh la bercakap begitu, cuba kalau awak berada di
negara orang ? Yang awak langsung tidak tahu apa undang-undang negara
tersebut, apa hukuman jika disabitkan kesalahan, apa tindakan
seterusnya. Mesti awak juga akan rasa cuak dan gemuruh bukan ? Sama juga
seperti Arissa 😁
Antara soalan yang ditanya termasuklah:
1. Apa tujuan awak datang ke Australia ?
2. Berapa banyak wang yang awak bawa ke Australia ?
3. Barang apa yang terdapat di dalam bagasi ?
4. Awak tinggal di Australia berapa hari dan di mana ?
Bukan itu sahaja, bagasi kami juga digeledah dengan sangat terperinci.
Sampai kan dompet pun mereka periksa satu persatu kad bank, gambar
polaroid (masa ni boleh pula mereka tanya siapa dalam gambar polaroid
Arissa 😌, kalau bagitahu nama bukannya kenal pun 😩). Bukan itu sahaja,
kata laluan Whatsapps dan phone juga diambil dan mereka akan periksa
setiap perkara yang terdapat di dalam telefon bimbit kami. Tetapi tidak
mengapa, soalan demi soalan yang ditanya hanyalah psikologi semata-mata
ingin melihat keyakinan kita. Maka, Arissa jawab jugala walaupun soalan
macam merapu sikit. Tidak lupa juga kami untuk memberi senarai makanan
dan ubat-ubatan yang dibawa, dokumen penerbangan pulang ke Malaysia,
penginapan, sewa kereta dan yang paling penting adalah senarai
perancangan tempat untuk dikunjungi di Australia. Setelah melepasi sesi
soal jawab bersama pihak imigresen dan kastam, kami dikehendaki berdiri
di hujung bilik kastam untuk proses seterusnya iaitu mengambil gambar.
Gambar diri yang diambil adalah untuk memastikan kami pulang ke Malaysia
dan bukan menetap secara haram di Australia. Kalau pembaca sekalian
hendak tahu, gambar diri yang diambil adalah sama seperti banduan yang
ada dalam filem Inggeris tu :')
Alhamdulillah, selepas 2 jam berada di situ, maka terlepaslah
kami dari penahanan oleh pihak Imigresen dan kastam. Maka, bermulalah
ekspedisi kami di negara jiran, bumi Australia 😊 Disebabkan kami tiba
di Avalon Airport pada pukul 10 malam dan ditambah dengan pemeriksaan
imigresen selama 2 jam, maka kami terus menaiki Grab untuk pulang ke
Mono Apartment yang terletak di La Trobe Street pada pukul 12 pagi.
Selama 5 hari 4 malam di Melbourne, Australia, kami telah mengunjungi pelbagai tempat menarik di sana. Antaranya termasuklah :
1. Carlton Garden
Merupakan taman yang sering dijadikan tempat berkelah dan barbeku. Taman ini juga sesuai sekiranya anda ingin mengambil gambar atau video ala-ala cerita Korea (Winter Sonata) versi tiada salji 😂
3. Hosier Lane
Selama 5 hari 4 malam di Melbourne, Australia, kami telah mengunjungi pelbagai tempat menarik di sana. Antaranya termasuklah :
1. Carlton Garden
Merupakan taman yang sering dijadikan tempat berkelah dan barbeku. Taman ini juga sesuai sekiranya anda ingin mengambil gambar atau video ala-ala cerita Korea (Winter Sonata) versi tiada salji 😂
2. Federation Square
Tempat ini merupakan tarikan utama pelancong di mana acara bertaraf dunia akan diadakan di sini. Selain itu, tempat ini juga menjadi perhatian beratus burung Merpati.
Merupakan lorong pejalan kaki dan kenderaan yang dipenuhi dengan seni grafiti.
4. State Library Victoria
Merupakan perpustakaan negeri yang indah dengan beberapa
hiasan warisan yang klasik. Perpustakaan ini menjadi mercu tanda dan budaya
Melbourne.
5. Melbourne River Cruises
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pemandangan di
sekeliling Melbourne dengan menaiki kapal ini. Kalau anda lihat cuaca memang
sangat terik , tetapi dinginnya terasa sampai ke tulang rusuk, punyala sejuk.
6. Old Treasury Building Museum
Kemasukan ke muzium ini adalah percuma. Akibat kesuntukan masa, Arissa hanya dapat bergambar di luar sahaja. Cantik bukan struktur dan warna bangunan ini ?
7. St. Kilda Beach
Kalau nak jumpa dengan penguin, bolehla ke sini. Tapi datang pada lewat petang sebelum maghrib ya. Kalau ada rezeki, insyallah dapatlah anda berjumpa dengan mereka.
8. Eureka Skydeck
Merupakan menara yang terdapat di Melbourne yang mempunyai
88 tingkat. Menara ini akan memperlihatkan anda dengan pemandangan yang
menakjubkan di sekitar Melbourne.
Ini
merupakan tempat kesukaan Arissa. Dari Melbourne hanya perlu sewa
kereta dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah. Great
Ocean Road merupakan jalan di persisiran pantai di mana terdapat banyak
perhentian di sekitar. Antaranya termasuklah :
1) Torquay Beach
2) Bells Beach
3) Anglesea
4) Lorne Beach
5) The Twelve Apostles
Maaf
semuanya, Arissa tidak dapat untuk menamakan pantai yang Arissa pergi
di bawah ini sebab Arissa pun lupa nama setiap pantai 😂
Cukupla sampai disini dulu ya perkongsian Arissa mengenai
Negara Australia ni. Buat pembaca blog sekalian yang ingin ke Australia,
dihasihatkan untuk membuat perancangan yang rapi demi mengelakkan kejadian yang
tidak diingini. Dengan ini, Arissa sertakan beberapa blog yang boleh jadi
panduan buat awak semua yang bakal ke Australia nanti 😃 Sampai berjumpa lagi untuk posting yang seterusya 💗 Assalamualaikum 💗
- PANDUAN BERHADAPAN IMIGRESEN DAN KASTAM AUSTRALIA
- 21 TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE AUSTRALIA
- PANDUAN DECLARE BARANG
- PANDUAN BERHADAPAN IMIGRESEN DAN KASTAM AUSTRALIA
- 21 TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE AUSTRALIA
- PANDUAN DECLARE BARANG
Salam Arissa,
ReplyDeleteGood tips u have here. I think they have put extra cautious since they caught a lot of Malaysians stayed there illegally. so tak pasal2 org lain kena tempiasnya kan.
anyway, good job on the posting, complete dgn pautan link web lain utk bacaan tambahan. well done arissa. next time try submit on time ya.
keep it up!
wassalam puan,
Deletehurm betul tu puan sampaikan orang Malaysia nak masuk ke sana pun susah sangat dan mostyly dilabel sebagai pendatang asing..hehe noted with thanks puan <3 :)