Assalamualaikum dan hai kepada pembaca sekalian 😃 Pada kali ini kita nak berceloteh tentang minat ataupun "passion". Mesti anda semua ada minat yang tersendiri kan ? Begitu jugala Arissa yang mempunyai minat dalam seni lakonan.
Menurut kamus pelajar edisi kedua, minat ialah kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Sekiranya kita mempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu perkara, kita pasti boleh melakukan perkara tersebut dengan mudah kerana ia adalah sesuatu yang kita lakukan dengan rela hati ataupun dengan kemahuan kita sendiri tanpa ada sesiapa yang memaksa. Mungkin juga ada diantara anda semua yang mempunyai minat selepas diperkenalkan oleh rakan. Misalnya, rakan anda mengajak untuk bermain bola jaring. Pada mulanya, anda tidak berminat untuk bermain kerana merasakan diri tidak mempunyai kemahiran dalam permainan bola jaring, tetapi kerana tidak cukup orang dalam satu pasukan, anda juga perlulah merelakan hati dengan turut serta bermain bola jaring. Selepas bermain, anda berasa gembira, anda mempunyai keinginan untuk terus bermain dan bermain, anda merasakan bakat yang selama ini terkubur di dalam diri tiba-tiba menonjol dan tempatkan diri anda di luar "confort zone" anda. Maka, di situlah titik permulaan anda untuk terus bermain bola jaring dan menjadikan bola jaring sebagai satu minat anda.
Sumber : Imej Google
Berbeza dengan Arissa, Arissa mempunyai minat dalam seni lakonan semenjak kecil di mana minat ini datang dengan sendirinya dari dalam diri selepas acapkali Arissa menonton televisyen. Semasa kecil, Arissa sering memasang angan-angan untuk menjadi seorang pelakon terkenal kerana beranggapan bahawa setiap pelakon akan dipandang tinggi dan dihormati oleh setiap lapisan masyarakat kerana mereka adalah ikon ataupun model kepada rakyat marhaen. Selain dapat menjana pendapatan yang tinggi, seorang pelakon juga mudah untuk pergi melancong ke serata dunia dengan mendapat pembiayaan sepenuhnya oleh pihak produksi. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa Arissa ingin menjadi seorang pelakon semasa berada di bangku sekolah.
Sewaktu Arissa berada di sekolah rendah, Arissa akan memasuki setiap pertandingan lakonan setiap tahun dan menjadi sebahagian dari watak utama di dalam lakonan tersebut. Arissa pernah memegang watak sebagai Princess Belle dalam fairytales Beauty and the Beast semasa berumur 11 tahun dan menjadi seorang pengurus restoran semasa berumur 10 tahun (Maaf, terlupa tajuk cerita tu 😅). Oleh kerana pertandingan lakonan ini hanya boleh disertai oleh pelajar darjah 4 dan 5 sahaja, maka Arissa hanya memasuki pertandingan lakonan tersebut 2 tahun sahaja.
Sumber : Imej Google
Setelah menjejakkan kaki di sekolah menengah, minat Arissa dalam seni lakonan kian pudar dek kerana tiada lagi pertandingan lakonan mahupun kelab teater di sekolah yang ada hanyalah projek kelas (dalam lakonan) di mana markah akan diambil untuk penilaian berterusan.
Arissa mula aktif dalam bidang lakonan semasa di matrikulasi apabila diminta oleh pensyarah untuk membuat video bertemakan "Horror" dan Arissa memegang watak utama sebagai hantu tersebut. Tajuk cerita kami adalah "The Apparition" dan kami mendapat hadiah daripada pensyarah kerana video kami adalah yang paling seram antara 3 video kumpulan lain. Pembaca yang setia membaca sekalian, marilah luangkan masa 5 minit anda untuk tonton video pendek ini. 😃
"The Apparition"
Selain itu, Arissa juga melibatkan diri dalam persembahan teater semasa majlis makan malam pelajar perakaunan Kolej Matrikulasi Selangor. Persembahan teater ini dipimpin sendiri oleh Arissa dan kawan baik Arissa iaitu Liyana. Idea teater ini tercetus semasa Arissa dan Liyana menghadiri program UITM di Puncak Alam di mana pihak UITM memasang lagu Asmaradana dendangan Tiara Jacquelina semasa video universiti dipersembahkan. Pada masa ini, Arissa terus memalingkan muka ke arah Liyana dengan senyuman dan Liyana membalas senyuman tersebut seolah-olah memahami apa yang ada di dalam fikiran Arissa. Maka, bermulalah projek teater kami bersama rakan sekelas matrikulasi (A1T2). Kami hanya mempunyai kira-kira 3 minggu sebelum majlis makan malam tersebut dan hanya kurang sebulan sebelum peperiksaan akhir matrikulasi, jadi kami hanya membuat persembahan yang ringkas tetapi dilengkapi dengan nyanyian, tarian dan lakonan yang hebat.
Teater Asmaradana A1T2
Itulah serba sedikit tentang minat Arissa dalam bidang seni lakonan. Walaupun Arissa minat dalam bidang tersebut, tetapi ia bukanlah cita-cita Arissa kerana Arissa hanya menjadikan seni lakonan sebagai suatu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang.
Kepada pembaca sekalian, minat dan cita-cita adalah dua perkara yang berbeza tetapi boleh juga jadi sama seandainya anda semua bercita-cita untuk terus melibatkan diri dalam minat anda tersendiri. Mungkin ada di antara kita yang tidak berminat dalam bidang akademik, tetapi minat dalam bidang seni mahupun kemahiran. Pedulikan sahaja tanggapan negatif masyarakat yang menganggap hanya bidang akademik yang dapat membantu kita berjaya kerana sesungguhnya kita tidak mampu menutup bicara mereka.
Peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang" jelas menunjukkan bahawa sesungguhnya jika kita mahukan sesuatu, maka kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Jika anda berminat dan bercita-cita untuk menjadi selebriti terkenal, maka kejarlah cita-cita anda. Kejayaan anda bukan terletak pada bicara seseorang tetapi terletak pada usaha anda sendiri. Dalam dunia digital masa kini, sudah tentu kita tidak lari daripada menghadapi pelbagai rintangan, cabaran, ujian dan dugaan yang kebanyakannya datang dari media sosial. Tanpa kesabaran yang tinggi, semangat yang kuat dan iman yang teguh, sudah tentu kita akan kecundang. Semoga pembaca sekalian dapat mengisi masa lapang dengan minat yang berfaedah dan akan terus berusaha untuk meraih kejayaan mengejar cita-cita. Assalamualaikum💓
Sumber : imej Google |
Salam Arissa,
ReplyDeleteOMG i cant believe am watching your horror video rn at 10pm
scary indeed
anyway, good content here. complete with pics and videos.
Nice..
Good job and keep it up!