Tuesday, October 1, 2019

Majlis Lafaz Ikrar Pelajar UKM

  
Sumber : Instagram @ukminsta

     Assalamualaikum dan hai semuanya !!! Kembali lagi awak semua bersama Arissa untuk posting yang kedua ✌ Harini Arissa nak cerita pasal Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu UKM sesi 2019. Dah nama pun majlis buat pelajar baharu jadi majlis ini adalah wajib bagi semua pelajar tahun 1 di UKM hehehe 😀 Dengan lafaz ikrar ini, maka rasmilah kami semua sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis ini bukan biasa-biasa okay, nak tahu apa yang istimewanya? Teruskanlah membaca 😊

Selfie bersama rakan searas 😊

     Sebelum pelajar UKM mendaftarkan diri di Kolej Kediaman masing-masing, kami diminta untuk membawa baju kurung merah bersama tudung putih sebanyak 2 atau 3 helai. Ini adalah untuk dipakai semasa majlis lafaz ikrar tersebut. Jadi bila semua pakai merah , nampak cantik , nampak seragam, nampak kemas, nampak la meriah Dectar tu. Apa itu Dectar? Dectar ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang lokasinya terletak di pintu masuk utama UKM.

DECTAR
     Setibanya Arissa dan pelajar Kolej Keris Mas yang lain di belakang DECTAR, kami dikehendaki beratur dan memakai selempang biru bagi pelajar perempuan. Kemudian, kami bergerak masuk ke dalam DECTAR mengikut barisan bagi memudahkan pelajar memilih tempat duduk. 


Sumber : Instagram @ukminsta 
 
     Majlis dimulakan dengan perlawanan "cheers" oleh setiap kolej kediaman yang terdapat di UKM. Jika anda semua nak tahu, terdapat 12 kolej kediaman di mana Kolej Tun Syed nasir yang berada di UKM cawangan Kuala Lumpur manakala Kolej Tun Dr. Ismail yang terletak di Cheras. 
Selain itu, kolej yang terdapat di UKM Bangi termasuklah :

1)  Kolej Dato’ Onn (KDO)
2)  Kolej Aminuddin Baki (KAB)
3)  Kolej Ungku Omar (KUO)
4)  Kolej Burhanudin Helmi (KBH)
5)  Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
6)  Kolej Rahim Kajai (KRK)
7)  Kolej Ibu Zain (KIZ)
8)  Kolej Keris Mas (KKM)
9)  Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)
10) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)


 
Cheers oleh Kolej Aminuddin Baki 

 
Cheers oleh Kolej Ungku Omar

 
Cheers oleh Kolej Rahim Kajai

 
Cheers oleh Kolej Ibrahim Yaakub 
                               
         Maaf semuanya, cheers dari kolej lain tak sempat pula nak ambil..Maaf..Maaf 😌 Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan kedatangan Pengerusi, Naib Canselor & Timbalan-Timbalan Naib Canselor UKM Sempena Program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2019-2020 ‘UKM Pendaulat Amanah Negara". Setelah selesai lafaz ikrar pelajar baharu, kami perlu menghadiri 1 lagi majlis iaitu Siri Dialog Digital "Digital Native Agenda 23 (DNA23)" yang bertempat di DECTAR. Siri ini merupakan siaran langsung oleh Astro Awani. Yang menariknya tentang siri ini ialah kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sumber : Instagram @ukminsta

    Setelah Siri ini selesai maka tibalah waktunya Perang DECTAR di mana setiap kolej akan berlawan sorakan ataupun cheers.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perang DECTAR ini bolehlah saudara mahupun saudari sekalian menjengah ke laman sesawang Youtube 😀
Nampaknya kita dah sampai ke penghujungya. Maka dengan itu, Arissa akhiri posting kalini, berkongsi dengan anda semua gambar Arissa bersama kawan baik Arissa iaitu Amy dan Waina 😇 Sampai berjumpa lagi di posting yang akan datang 😄 Assalamualaikum 😄

Dari KMS ke UKM.. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat 😊


2 comments:

  1. Salam Arissa,
    Good job on the content. Saya boleh nampak improvement compare to the last post.
    ada videos and pics. good.
    overall good job and keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam puan,
      terima kasih puan <3 Insyallah saya akan improve posting saya dari minggu ke minggu :)

      Delete