Saturday, September 21, 2019

Let Today Be The Start of Something New


     Assalamualaikum dan hai semuanya!!! Apa khabar? Semoga pembaca blog ini dalam keadan sihat sejahtera hendaknya😊 Memandangkan Malaysia sekarang ni musim jerebu, jangan lupa pakai topeng muka N95,  kurangkan aktiviti luar dan yang paling penting!!! Banyakkan minum air okay? Barulah badan sihat, minda cerdas😆

     Jadi, harini Arissa nak cerita pasal subjek Aplikasi Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buat pelajar kursus Pentadbiran Perniagaan (BBA), subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil pada semester 1. Subjek ini antara subjek yang perlu direbut dalam smp web sebab 1 kelas hanya muat kira-kira 45 orang sahaja. Walaupun makmal komputer ada 3 tapi, bayangkan awak semua kena daftar dengan 500 lebih orang pelajar kursus BBA ni. Kalau yang bertuah, line internet laju dapatla buka smp web tapi, bukan bagi Arissa. Arissa tak sempat nak daftar sebab kelas dah penuh😔  Masa tu punyala risau sebab tahun pertama kan.. Jadi, Arissa pun naik turunla pejabat Sekretariat Prasiswazah sebab nak tanya tentang kelas ni. Alhamdulillah pihak fakulti buka 2 kelas baru untuk subjek ni iaitu set 13 dan set 14 selepas 1 minggu. Jadi, Arissa mengambil keputusan dengan memilih set 14😃

     Apa yang Arissa belajar pada hari pertama subjek aplikasi komputer ni😃 ? Arissa dan rakan sekelas yang lain telah diperkenalkan kepada teknologi maklumat dan komputer pada masa kini, komponen pengkomputeran, penyimpanan digital, input dan output, sistem operasi dan cara membuat blog. Ha hari pertama pun dah belajar banyak benda bukan? Jangan tidur dulu😏 Pengenalan semua ni la yang merangkumi 30% untuk peperiksaan akhir😊 Sebenarnya, tak rasa mengantuk pun dalam kelas ni, rasa bersemangat lagi adalah sebab pensyarah Arissa baik, cantik dan bersemangat bila mengajar. Maaf semuanya sebab Arissa tak sempat nak ambil gambar dengan pensyarah Aplikasi Komputer Arissa😞 Untuk posting seterusnya insyallah Arissa akan upload selfie Arissa bersama pensyarah Arissa yang manis orangnya😊 Arissa akhiri posting Arissa kalini dengan berkongsi gambar dengan awak semua pada hari pertama Arissa dan kawan-kawan mempelajari subjek Aplikasi Komputer ini😃 Sampai berjumpa lagi untuk posting seterusnya 💓Assalamualaikum💓


Dari kiri ; Arissa, Huwaina dan Zuraimi



6 comments:

  1. Assalamualaikum PN,

    Apa perasaan berada di UKM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Zuraimi :) Saya berasa gembira dan bangga pada masa yang sama kerana telah berjaya masuk ke universiti pilihan 1 saya yang juga merupakan universiti antara yang terbaik di Malaysia :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam Arissa,
    i just noticed u have included your label here.very good.
    masa 1st tadi saya tak nampak, thats why i deleted my 1st comment.
    Good content, pic pun ada.
    font color maybe boleh pilih yg tak striking sgt next time so that mudah nak baca.
    Overall, good job. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam puan,
      terima kasih :) baiklah saya akan tukar warna font tu hehehe :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete