Wednesday, October 23, 2019

Aplikasi Komputer UKM (Part II)

        Assalamualaikum dan hai bloggers sekalian 👋 Ingat lagi tak di posting pertama, Arissa ada nak kongsi dengan anda semua gambar pensyarah aplikasi  komputer Arissa ?  Ha ni la dia Puan Nurhafiza yang cantik manis dan baik orangnya 😄


        Eh ?  Apa yang Arissa pegang tu ? Props ke ? Hahaha bukanlah. Itu merupakan pen yang diberi oleh Puan Fiza sebagai hadiah kerana penulisan blog yang menarik. Alhamdulillah, Arissa merupakan antara 6 pelajar yang memenuhi kriteria penulisan blog yang diinginkan. Selain daripada blog Arissa, ini merupakan 5 lagi penulisan blog yang menarik, boleh dijadikan rujukan buat para pelajar aplikasi komputer UKM yang berkunjung di blog Arissa ini 😄


2) Siti Saidatina Ummi Hafzhan - https://saidatinaummi.blogspot.com/ 
5) Nurhidayati Sitri - https://penanurhidayati.blogspot.com/ 

        Sepanjang kelas aplikasi komputer semalam (22 Oktober 2019), kami telah diperkenalkan dengan lebih mendalam kepada Microsoft Power Point Presentation. Microsoft Power Point pada dulunya hanya digunakan di pejabat atau syarikat-syarikat sahaja. Tetapi pada masa kini penggunaannya sangat meluas sehingga di peringkat tadika. Perkara ini tidak menjadi kemusykilan sama sekali lantaran daripada teknologi yang pesat membangun.

        Dalam mempelajari Microsoft Power Point semalam, kami menjadikan Kemurungan ataupun Depression sebagai subjek perbincangan berikutan banyak kes bunuh diri yang telah dilaporkan di dunia. Salah satunya ialah mengenai Bintang Kpop iaitu Sulli dari kumpulan f(X) yang dilaporkan telah bunuh diri akibat kemurungan dan tekanan daripada media sosial.

Image result for RIP SULLI
Image result for RIP SULLI






Sumber : Imej Google

        Mungkin anda betul sekiranya anda mengatakan bunuh diri adalah jalan penyelesaian terakhir untuk anda menamatkan kesakitan anda, tetapi bukan pada orang lain. Anda hanya akan membuat orang yang sayang anda berasa sedih atas kehilangan anda, merasa bersalah kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa anda. Ingatlah! Nyawa anda sangat berharga. Nyawa yang dipinjamkan oleh Tuhan yang sementara tidak patut dipersia-siakan dengan bunuh diri.

 Image result for life is pricelessRelated image
                        Sumber : Imej Google

  Jika anda berasa sedih, kecewa, dan murung, anda boleh atasinya dengan melakukan aktivii-aktiviti di bawah ini. Manakala, jika anda perlukan seseorang untuk bercakap dan anda tidak mempercayai rakan mahupun keluarga anda, anda boleh menghubungi Befrienders iaitu sebuah NGO yang menyediakan talian bantuan sokongan emosi kepada masyarakat di Malaysia.
       
Image result for 15 ways to overcome depression
Sumber : Imej Google
        Berbalik kepada Microsoft Power Point Presentation tadi, kami juga didedahkan dengan pelbagai alat perisian pembentangan yang lain seperti :

1. Powtoon - Mengkhususkan dalam membuat pembentangan animasi 
2. Prezi - Menggunakan kanvas dalam membuat persembahan.
3. Haikudeck - Persembahan dalam bentuk slideshow dan pengunaan yang mudah serta menarik
4. Visme - Menawarkan lebih banyak templat dan reka bentuk serta memudahkan pengguna membuat pembentangan secara animasi lengkap dengan pelbagai visual yang interaktif.

        Jadi, inilah sedikit sebanyak perkongsian mengenai apa yang Arissa belajar dalam kelas Aplikasi Komputer semalam. Tak sangka banyak juga alat perisian pembentangan selain Powerpoint dan Powtoon 😂 Selain itu, pendedahan terhadap masalah kemurungan amatlah wajar dibincangkan bagi mengelakkan pelajar mempunyai kemurungan yang melampau sehingga dapat mencederakan diri sendiri. Sesungguhnya yang baik datang dariNya, yang buruk datangnya dari diri, maka marilah kita sama-sama berjanji kepada diri sendiri untuk menjaga nama baik diri, keluarga, masyarakat dan agama dengan tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemudaratan. Sampai berjumpa di posting yang seterusnya ! Assalamualaikum 💓

















Saturday, October 19, 2019

Percutian Ke Australia













        Baru-baru ini, hangat di media sosial lantaran daripada perkongsian Reen Zahari mengenai beliau dan rakan-rakannya yang ditahan di pintu perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hanya disebabkan pihak imigresen Australia tidak melihat mereka sebagai seorang pelancong. Berikutan dengan itu, pelbagai reaksi dan respons yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia mengenai kejadian ini, malah terdapat juga perkongsian daripada pelbagai pihak yang mengalami masalah yang sama. Jadi, untuk posting kali ini, Arissa nak kongsi dengan pembaca sekalian tentang pengalaman Arissa berikutan dengan kes seperti di atas.

        Pada 24 April 2019, Arissa dan keluarga telah pergi bercuti ke Melbourne, Australia. Penerbangan kami memakan masa hampir 8 jam di dalam kapal terbang. Setelah tiba di Avalon Airport, Melbourne, kami merupakan antara yang terawal keluar dari pesawat tetapi menjadi orang terakhir yang meninggalkan kawasan bagasi. Cuba teka apa yang jadi ? 
Ya, betul. Kami ditahan oleh pegawai imigresen di sana. Maka, bermulalah sesi soal jawab antara pihak kami dan pihak imigresen Australia. Masa tu, reaksi muka hanya Tuhan sahaja yang tahu.Mulut seperti terkunci rapat hanya mampu berdoa di dalam hati semoga semuanya selamat dan berjalan lancar kerana kami sedia maklum akan berlaku perkara seperti ini (melalui perkongsian beberapa individu di blogger) Dengan kata lain, kami sedikit sebanyak telah melakukan persediaan awal untuk ke Australia. 

        Baiklah, berbalik kepada kejadian penahanan tadi, bukan kami sahaja yang ditahan oleh pihak imigresen dan kastam malah ada sebuah keluarga lagi dari Malaysia yang turut ditahan sekali. Semasa di kaunter pemeriksaan bagasi oleh pihak kastam, kami diminta untuk membuka semua bagasi yang dibawa. Pelbagai ajukan soalan yang disusuli oleh jawapan yang agak gemuruh jugala Arissa menjawab. Bayangkan, jika awak disoal siasat oleh  pihak polis, rasa gemuruh tak ? Mungkin ada yang kata "Ala biasa je la. Kalau tak salah, buat apa nak takut? Jawab je la". Kalau di negara sendiri boleh la bercakap begitu, cuba kalau awak berada di negara orang ? Yang awak langsung tidak tahu apa undang-undang negara tersebut, apa hukuman jika disabitkan kesalahan, apa tindakan seterusnya. Mesti awak juga akan rasa cuak dan gemuruh bukan ? Sama juga seperti Arissa 😁 

Antara soalan yang ditanya termasuklah:
1. Apa tujuan awak datang ke Australia ?
2. Berapa banyak wang yang awak bawa ke Australia ?
3. Barang apa yang terdapat di dalam bagasi ?
4. Awak tinggal di Australia berapa hari dan di mana ?

        Bukan itu sahaja, bagasi kami juga digeledah dengan sangat terperinci. Sampai kan dompet pun mereka periksa satu persatu kad bank, gambar polaroid (masa ni boleh pula mereka tanya siapa dalam gambar polaroid Arissa 😌, kalau bagitahu nama bukannya kenal pun 😩). Bukan itu sahaja, kata laluan Whatsapps dan phone juga diambil dan mereka akan periksa setiap perkara yang terdapat di dalam telefon bimbit kami. Tetapi tidak mengapa, soalan demi soalan yang ditanya hanyalah psikologi semata-mata ingin melihat keyakinan kita. Maka, Arissa jawab jugala walaupun soalan macam merapu sikit. Tidak lupa juga kami untuk memberi senarai makanan dan ubat-ubatan yang dibawa, dokumen penerbangan pulang ke Malaysia, penginapan, sewa kereta dan yang paling penting adalah senarai perancangan tempat untuk dikunjungi di Australia. Setelah melepasi sesi soal jawab bersama pihak imigresen dan kastam, kami dikehendaki berdiri di hujung bilik kastam untuk proses seterusnya iaitu mengambil gambar. Gambar diri yang diambil adalah untuk memastikan kami pulang ke Malaysia dan bukan menetap secara haram di Australia. Kalau pembaca sekalian hendak tahu, gambar diri yang diambil adalah sama seperti banduan yang ada dalam filem Inggeris tu :')

        Alhamdulillah, selepas 2 jam berada di situ, maka terlepaslah kami dari penahanan oleh pihak Imigresen dan kastam. Maka, bermulalah ekspedisi kami di negara jiran, bumi Australia 😊 Disebabkan kami tiba di Avalon Airport pada pukul 10 malam dan ditambah dengan pemeriksaan imigresen selama 2 jam, maka kami terus menaiki Grab untuk pulang ke Mono Apartment yang terletak di La Trobe Street pada pukul 12 pagi.

Selama 5 hari 4 malam di Melbourne, Australia, kami telah mengunjungi pelbagai tempat menarik di sana. Antaranya termasuklah :

1. Carlton Garden
Merupakan taman yang sering dijadikan tempat berkelah dan barbeku. Taman ini juga sesuai sekiranya anda ingin mengambil gambar atau video ala-ala cerita Korea (Winter Sonata) versi tiada salji 😂


 

2. Federation Square
Tempat ini merupakan tarikan utama pelancong di mana acara bertaraf dunia akan diadakan di sini. Selain itu, tempat ini juga menjadi perhatian beratus burung Merpati.



3. Hosier Lane
 Merupakan lorong pejalan kaki dan kenderaan yang dipenuhi dengan seni grafiti.

Image result for hosier  lane 

4. State Library Victoria
Merupakan perpustakaan negeri yang indah dengan beberapa hiasan warisan yang klasik. Perpustakaan ini menjadi mercu tanda dan budaya Melbourne.




5.  Melbourne River Cruises
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pemandangan di sekeliling Melbourne dengan menaiki kapal ini. Kalau anda lihat cuaca memang sangat terik , tetapi dinginnya terasa sampai ke tulang rusuk, punyala sejuk.

Image result for river cruise melbourne

 6. Old Treasury Building Museum
Kemasukan ke muzium ini adalah percuma. Akibat kesuntukan masa, Arissa hanya dapat bergambar di luar sahaja. Cantik bukan struktur dan warna bangunan ini ?








Image result for old treasury building museum












7.  St. Kilda Beach
 Kalau nak jumpa dengan penguin, bolehla ke sini. Tapi datang pada lewat petang sebelum maghrib ya. Kalau ada rezeki, insyallah dapatlah anda berjumpa dengan mereka.


Image result for penguin at st.kilda


8. Eureka Skydeck
Merupakan menara yang terdapat di Melbourne yang mempunyai 88 tingkat. Menara ini akan memperlihatkan anda dengan pemandangan yang menakjubkan di sekitar Melbourne.

9. Melbourne street
 Kalau dari apartment yang Arissa tinggal, boleh jalan kaki je ke sini, sambil melihat kawasan sekitar bandar Melbourne. Ianya terletak di tengah bandar Melbourne.


10. Great Ocean Road
Ini merupakan tempat kesukaan Arissa. Dari Melbourne hanya perlu sewa kereta dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah. Great Ocean Road merupakan jalan di persisiran pantai di mana terdapat banyak perhentian di sekitar. Antaranya termasuklah :
1) Torquay Beach
2) Bells Beach
3) Anglesea
4) Lorne Beach
5) The Twelve Apostles
Maaf semuanya, Arissa tidak dapat untuk menamakan pantai yang Arissa pergi di bawah ini sebab Arissa pun lupa nama setiap pantai 😂








        Cukupla sampai disini dulu ya perkongsian Arissa mengenai Negara Australia ni. Buat pembaca blog sekalian yang ingin ke Australia, dihasihatkan untuk membuat perancangan yang rapi demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dengan ini, Arissa sertakan beberapa blog yang boleh jadi panduan buat awak semua yang bakal ke Australia nanti 😃 Sampai berjumpa lagi untuk posting yang seterusya 💗 Assalamualaikum 💗

- PANDUAN BERHADAPAN IMIGRESEN DAN KASTAM AUSTRALIA
- 21 TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE AUSTRALIA
- PANDUAN DECLARE BARANG